Tuesday, January 15, 2008

GLOBAL PERTANIAN


PERTANIAN ORGANIK
www.iTachView.com

Definasi Pertanian organik didefinasikan sebagai kaedah penanaman yang dilakukan tanpa menggunakan baja tiruan dan makhluk perosak atau racun serangga. Ia masih diusahakan di atas kebun sebagaimana amalan pertanian biasa. Bezanya ialah ianya sebagai satu sistem pengeluaran produk makanan yang mengoptimakan penggunaan agro-ekosistem secara semulajadi iaitu menghindarkan penggunaan biji benih tiruan atau GMO, tanpa menggunakan racun kimia, menggunakan kawalan secara biologi tanpa racun serangga, kawalan kesuburan tanah melalui penggunaan baja kompos atau najis ternakan dan pengamalan tanaman secara giliran.

PengenalanPasaran bagi produk makanan organik sedang mengalami pertumbuhan yang menggalakkan dalam industri makanan. Jualan makanan organik kini meningkat terutama bagi memenuhi makanan untuk kesihatan, cintakan alam sekitar dan kebajikan kehidupan alam semulajadi. Insiden merebaknya penyakit merbahaya seperti sakit kuku dan mulut, mad cow, pencemaran alam akibat penggunaan racun makhluk perosak dan penghasilan makanan menggunakan organisma terubah (GMO) telah mendorong pengguna meningkatkan penggunaan makanan yang dihasilkan melalui kaedah organik. Nilai jualan makanan organik di seluruh dunia telah mencapai USD 8 billion pada tahun 2001. Ianya diramalkan akan mengalami peningkatan di antara 20-430 % menjelang 2005. Pasaran utama ialah di Amerika Syarikat diikuti negara-negara Kesatuan Eropah, Jepun dan China. Negara pengeluar utama ialah Australia dan beberapa negara di benua Eropah.

Di Malaysia, makanan organik adalah antara produk pertanian yang mempunyai potensi untuk diusahakan secara komersil. Ia biasanya diusahakan oleh pertubuhan bukan kerajaan dan pengusaha persendirian. Usaha untuk membangunkannya telah dimasukkan dalam program pembangunan produk pertanian di bawah DPN3. Ianya telah diperkukuh dengan pelaksanaan Skim Persijilan Perladangan Organik oleh Jabatan Pertanian.

Sumber : Plan Pemasaran OrganikPertanian secara organik mula diperkenalkan di negara ini dalam tahun 1987. Pada masa ini ia telah mendapat sambutan oleh pengguna dan mula diusahakan secara komersil. Penggunaan produk ini mempunyai kaitan secara langsung dengan keperluan produk ini di dalam rawatan untuk penyakit yang kronik seperti barah. Ini adalah disebabkan produk ini dihasilkan tanpa menggunakan baja kimia dan racun serangga dan ianya selamat dan sesuai untuk dimakan kepada mereka yang sedang menjalani rawatan. Namun demikian produk yang dihasilkan dengan kaedah mesra alam dan prihatin kepada alam persekitaran ini juga adalah menjadi keutamaan kepada pengguna yang mengutamakan makanan untuk kesihatan.

Pada masa ini produk makanan organik seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang dihasilkan hanya dipasarkan di kawasan Lembah Klang dan bandar-bandar utama seperti Ipoh, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Masalah yang dihadapi oleh pengguna ialah kurangnya pelabelan atau persijilan yang mengesahkan bahawa sesuatu produk itu dihasilkan dari sistem perladangan yang benar-benar secara organik. Pengguna juga tidak dapat membezakan produk organik dengan produk yang dihasilkan secara ladang konvensional. Mereka juga keliru dengan penggunaan pelabelan produk ini dengan nama green food, pesticide free, chemical free, eco-friendly, safe food dan pelbagai lagi menggunakan nama pengeluar.

Rujukan : Jabatan Pertanian.

KERJAYAAN USHAWAN TANI

POTENSI PENTERNAKAN KAMBING DI MALAYSIA

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia, pada masa ini populasi ternakan kambing di dalam negara adalah sebanyak 225, 520 ekor. Manakala jumlah kambing baka ialah 120,000 ekor. Setiap tahun, melebihi 90% daging dan ternakan kambing diimpot dari luar negara terutamanya daripada Australia dan New Zealand bagi memenuhi keperluan sumber protein dalam negara. Oleh itu, pembiakan kambing memang mempunyai potensi yang sangat menarik.

Pihak kerajaan akan memberi bantuan kewangan serta bantuan dari segi teknikal kepada pihak penternak untuk meningkatkan bilangan kambing dan lembu di Malaysia kepada 5 juta dalam masa 5 hingga 10 tahun. Sasaran kerajaan bagi penternakan kambing adalah untuk mengeluarkan bekalan daging kambing daripada 8% sekarang kepada 35% menjelang tahun 2015.

Dalam Rancangan Malaysia ke 9 ini, tambahan sebanyak 15,000 ekor induk betina di perlukan bagi mencapai matlamat ini. Pihak kerajaan mensasarkan sejumlah 1,070,000 ekor kambing tempatan di sembelih dengan nilai 10,700 tan metrik. Selain itu juga populasi ternakan kambing juga akan di tingkatkan kepada 3.7 juta ekor.

Memandangkan permintaan terhadap daging dan baka kambing cukup tinggi di Malaysia pada masa kini, projek penternakan kambing merupakan satu projek yang berpotensi tinggi untuk dimajukan dan diusahakan.

p/s : Pastinya, orang melayu pasti boleh untuk memajukan lagi industri penternakan khasnya dan ekonomi negara amnya. Kita tak perlu lagi bergantung pada negara luar lagi. Bidang pertanian dan penternakan sekarang seumpama satu cara pelaburan saham yang menguntungkan. Biar lambat sedikit tapi untung. Ayuh bangsa melayu, majukan bangsa, negara dan agama. Melayu boleh! Semoga maju jaya!

Tanaman Sayuran Secara Fertigasi Membawa Kejayaan Kepada Usahawan Peladang Tuan Haji Jamaludin Bin Lawani.

Tuan Haji Jamaludin bin Lawani, merupakan ahli PPK Cameron Highlands penyandang Peladang Jaya Lelaki Tahun 1995, telah lebih 17 tahun mengusahakan projek tanaman sayuran pelbagai secara konvensional dan fertigasi. Tanaman sayuran yang diusahakan secara konvensional di Sungai Palas di atas kawasan seluas 15 ekar meliputi sayuran campuran seperti kobis, kacang buncis, kamcham, sawi putih dan sawi jepun.


Integrasi Ternakan Rumian Lembu & Kambing
Istilah integrasi pada kacamata Jabatan Perkhidmatan Haiwan adalah menternak didalam kawasan tamanan kekaj. Contohnya menternak lembu atau kambing di dalan ladang kelapa sawit. Ladang kelapa sawit yang berusaha diantara 4 hingga 20 tahun adalah sesuai untuk program integrasi ternakan merugut secara bergilir-gilir dengan dikawal oleh pagar

Ladang kelapa sawit yang berusaha diantara 4 hingga 20 tahun adalah sesuai untuk program integrasi ternakan merugut secara bergilir-gilir dengan dikawal oleh pagar elekrik


KEBAIKAN BAJA ORGANIK
  • Mengandungi 'Potassium' yang tinggi, berkeupayaan bertindakbalas dengan Nitrogen dan unsur mineral semulajadi utama
    yang diperlukan bagi menjamin kesuburan tanah.

  • Mempunyai CATION EXCHANGE CAPACITY (CEC) yang tinggi membantu mengikat ion-ion seperti ammonia untuk diserap
    oleh tumbuhan.

  • Merawat tanah masam dengan mengubah struktur tanah dan dapat mengekalkan tahap pH tanah berpanjangan.

  • Sesuai digunakan untuk semua jenis tanaman terutama kelapa sawit pada tanah liat dan gambut, kelapa, padi, pokok
    buah-buahan dll.

  • Menambah daya tahan tanaman dan dapat mengurangkan serangan penyakit.

  • Memaniskan hasil buah-buahan, serta menambah berat hasil tanaman.

  • Meningkatkan pH, KTK, N, Ca. Mg dan K dalam tanah.

  • Meningkatkan efisiensi organik sebagai penyedia unsur (N,K,dll).

  • Meningkatkan penyerapan air.

mempercepatkan hasil pengeluaran hasil kelapa sawit dalm mas 18 bulan saha berbanding menggunakan baja kimia yang menggambil masa antara 24-10 bulan bagi mengeluarkan hasil. ini terbukti bahawa baja organik lebih sesuai digunakan pada tumbuhan dan ia lebih mesra alam.



PERBADANAN PEMBANGGUNAN INDUSTRI KECIL & SEDERHANA (IKS)

Objektif

Untuk mengintegrasikan syarikat milikan/diuruskan oleh usahawan wanita ke dalam arus utama perkilangan melalui rantaian industri, sesama industri dan juga di antara industri;

Untuk mempertingkatkan daya saing global syarikat milikan/diuruskan wanita; dan

Untuk meningkatkan keupayaan teknologi, kemahiran teknikal serta kepakaran syarikat milikan/diuruskan oleh usahawan wanita.

Kriteria Kelayakan

Kriteria-kriteria yang perlu dipenuhi oleh usahawan wanita adalah seperti berikut:

Syarikat perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan perkilangan, diperbadankan dibawah Akta Syarikat, 1965 dan mempunyai nilai jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta atau mempunyai pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang

Bagi sektor perkhidmatan, perniagaan yang didaftarkan di bawah Ordinan Perniagaan 1956 dan mempunyai nilai jualan tahunan tidak melebihi RM5 juta atau pekerja sepenuh masa tidak melebihi 50 orang

Sekurang-kurangnya 60% ekuiti syarikat dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Mempunyai lesen premis yang sah

Bagi syarikat 100% milikan rakyat Malaysia:

o Sekurang-kurangnya 51% daripada ekuiti mesti dipegang oleh wanita; atau bagi kes di mana majoriti ekuiti tidak dipegang oleh wanita

i. Pemegang saham terbesar hendaklah terdiri daripada wanita dan syarikat diuruskan oleh wanita; atau

ii. Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif syarikat mestilah seorang wanita dan memiliki sekurang-kurangnya 10% ekuiti.

Bagi syarikat 60% milikan rakyat Malaysia:

o Sekurang-kurangnya 51% daripada ekuiti tempatan mesti dipegang oleh wanita dan syarikat mestilah diuruskan oleh wanita; atau

o Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif syarikat mestilah seorang wanita dan memiliki sekurang-kurangnya 10% ekuiti.


Sektor-sektor yang terlibat

Aktiviti perkilangan dan perkhidmatan berkaitan dengan aktiviti perkilangan

Perkhidmatan berkaitan IT seperti perkhidmatan pemprosesan data, penyelengaraan dan pembaik pulih peralatan komputer

Perkhidmatan Pendidikan

Pembangunan Perisian

Merekabentuk dan Pembungkusan

Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) seperti perkhidmatan dalam sains tulin, pengujian teknikal dan perkhidmatan analisa

Pemasaran seperti penyelidikan pemasaran dan perkhidmatan pengiklanan

Pelancongan seperti penubuhan hotel kos sederhana dan rendah, projek pelancongan, kem rekreasi, agensi pelancongan dan perkhidmatan operator perlancongan.

Perkhidmatan lain seperti perkhidmatan professional, perkhidmatan pengurusan, percetakan dan penerbitan

Geran dan Pinjaman Mudah yang disediakan

Geran Bersamaan untuk Permulaan Perniagaan

Geran Bersamaan Untuk Peningkatan Produk dan Proses

Geran Bersamaan Untuk Persijilan dan Sistem Pengurusan Kualiti

Geran untuk RossettaNet

SME Expert Advisory Panel (SEAP)

Skim Pinjaman Mudah Bagi Penempatan Semula Kilang

Skim Pinjaman Mudah untuk EKS

Skim Pinjaman Mudah untuk Penerapan Aplikasi ICT

Geran Peningkatan Kemahiran Pemasaran EKS

Geran Bersamaan Untuk Peningkatan Keupayaan Rekabentuk Pembungkusan Produk

Geran Bersamaan Untuk Pembangunan Dan Promosi Produk Halal

Bentuk Bantuan

Bantuan diberikan dalam bentuk geran dan pinjaman mudah daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan agensi di bawah MITI serta Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC)